http://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/cocoacollagen-150x150-1.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/2bmodel.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/breast.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/ronasutra-150x150-1.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/beautyumaira.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/odp-150x150-1.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/perfumeparadise-150x150-1.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/geniusextra-150x150-1.gifhttp://www.alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/beefit-150.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/auraseri-150x150-1.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/tia.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/jamu.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/yusmira.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/slimwear.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/detox-foot-150x150-1.gif


Tips Berkenaan Vagina

Wanita Seksi

Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj

  • Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping daun sirih, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air k! ecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak. 
  • Rebus beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam. Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau berasa tidak selesa.
Memulih dan Menyempitkan Faraj
  • Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam. 
  • Ambil 2 biji kulit pisang muda, 3 helai daun sireh bertemu urat, sebiji kulit pinang, gambir sebanyak 3 keping dan sedikit kapur sireh. Ramuan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Basuhlah faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari pagi dan malam agar ia sentiasa bersih dan segar. 
  • Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak.


Merapatkan Peranakan

  • Untuk wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam setiap hidangan makanan. InsyaAllah. Menyembuhkan Luka Pada Rahim Selepas Bersalin
  • Selepas melahirkan anak biasanya orang perempuan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh dan mengembalikan kecergasan semula. Selain amalan memakan ikan haruan untuk cepat menyembuhkan luka -luka dalaman terdapat satu kaedah yang sangat bagus untuk menyembuhkan luka- luka pada rahim dan kebersihan anggota sulit wanita tersebut, iaitu dengan menggunakan madu lebah (asli sahaja). Disamping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukar nya. Insya'allah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.

Mengatasi Masaalah Keputihan

Petua 1 
  1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.
  2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.
  3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.
  4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.
  5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.
  6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
  7. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.
Petua 2
  1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.
  2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.
  3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.
  4. Tapislah air tersebut.
  5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.
  6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut. 
  7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.
  8. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.

Submit Your Order Here:

Nama:
No.Telefon:
Alamat:
Senarai Pesanan:
Kaedah Bayaran: CIMB BANK
MAYBANK
Tarikh & Masa Bayaran:
Kuantiti & Jumlah Bayaran:
Email: