http://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/cocoacollagen-150x150-1.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/2bmodel.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/breast.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/ronasutra-150x150-1.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/beautyumaira.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/odp-150x150-1.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/perfumeparadise-150x150-1.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/geniusextra-150x150-1.gifhttp://www.alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/beefit-150.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/auraseri-150x150-1.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/tia.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/jamu.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/yusmira.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/slimwear.gifhttp://alpha-lipid.com/banner/banner-rizi-biz-shop/detox-foot-150x150-1.gif


Tips Mata Bersinar



Bulatan Hitam Dibawah Mata
  • Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.
Mata Sembab

  • Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.
Keletihan Mata

  • Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.
Hilangkan Lebam Mata
  • Lingkaran hitam bawah mata seringkali menjadi masalah terutama kepada wanita. Mereka sering menutupinya dengan memakai cermin mata gelap. Namun begitu, mereka tidak perlu risau lagi setelah mengamalkan petua ini yang hanya menggunakan sebiji kentang. Senang dan mudah.
Ikuti cara-cara seperti berikut;
  1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
  2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
  3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
  4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
  5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
  6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
  7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
  8. Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.
Menjaga Kesegaran Mata
  • Jika anda mengalami masalah penglihatan yang kurang baik anda boleh amalakan perubatan tradisional ini. Ambil daun lobak merah, rendam dalam satu mangkuk air panas, biarkan beberapa minit, setelah itu minum airnya 3kali sekali sebelum makan.
Melentikkan Bulu Mata

  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan.
Melebatkan Bulu Mata
  • Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.
  • Ambil beberapa biji buah kurma kering. Bakar Kurma itu sampai hangus. Kemudian tumbuk ia sampai hancur dan jadikannya sebagai celak.
Melebatkan Bulu Kening
  • Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus atau keluar minyak. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
Tips-Tips Lain  Memanjangkan Bulu Mata Secara Alami
  • Minum multivitamin Vitamin E. Dapat menstimulasi pertumbuhan bulu mata dan juga sangat baik untuk kulit rambut. Ambil vitamin E secara rutin. Rajin makan kacang-kacangan dan sayuran hijau.
  • Sapukan minyak zaitun atau petroleum jelly agar bulu mata kuat dan sehat. Sapu produk tersebut pada malam hari, dan bersihkan setelah bangun tidur esok paginya.
  • Terapkan minyak vitamin E pada bulu mata menggunakan sikat khusus yang bersih.
  • Rajinlah menyikat bulu mata setiap hari dengan sikat khusus, agar terhindar dari debu dan kotoran, juga membuat bulu mata selalu rapi.
  • Membersihkan maskara dan eyeliner sebelum tidur. Partikel kimia yang terdapat dalam alat rias mata bisa membuat bulu mata rusak jika terlalu sering dibiarkan semalaman.


Submit Your Order Here:

Nama:
No.Telefon:
Alamat:
Senarai Pesanan:
Kaedah Bayaran: CIMB BANK
MAYBANK
Tarikh & Masa Bayaran:
Kuantiti & Jumlah Bayaran:
Email: